Ketahui Tanda-Tanda Bahaya Penyakit Batu Karang Yang Ramai Tak SEDAR !!


Ketahui Tanda-Tanda Bahaya Penyakit Batu Karang Yang Ramai Tak SEDAR !! | Secara asasnya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yg bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan & akhirnya ‘membentuk’ batu. Pemendapan pelbagai zat kimia di dalam air kencing pd keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya batu2 kecil dikenali sebagai kristal. Bahan-bahan lain kemudiannya akan mula terkumpul atau bertompok di atasnya yg lama-kelamaan akan membesar kepada apa yang dikenali sebagai batu karang....

-Kelompok usia yang sering mengalami masalah ini adalah antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yg berlaku pada usia di bawah 20 dan melebihi 40 tahun. Walau bagaimanapun kes sebegini adalah jarang.
Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi. Ini menjelaskan mengapa orang tua & kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah....

-Selain itu, faktor geografi iaitu negara Asia termasuk Malaysia yang ramai pesakit batu karang serta bangsa yang mana mereka berkulit cerah lebih mudah menghidapnya berbanding kulit hitam....
Batu karang boleh dilihat melalui sinar X atau melalui kaedah x-ray. Namun batu yang terhasil daripada asid urik mungkin tidak dapat dilihat atau dikesan secara x-ray. Ini kerana ia berlaku pada saluran kencing (saluran ureter) atau saluran buah pinggang...


Tanda-tanda Sakit Batu Karang

1. Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang....
sakit batu karang

2. Kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seolah-olah hendak bersalin.
3. Terasa loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh...
4. Sukar untuk kencing atau langsung tidak boleh kencing....
5. Kencing berdarah atau bercampur dengan nanah....
6. Demam dan mengigil....
7. Tubuh terasa lemah, muka pucat dan kulit menjadi kering. Adakalanya badan akan bengkak-bengkak terutama pada bahagian muka....

Jenis-jenis Batu Karang

Calcium oxalate – merupakan 80 peratus batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium. Bentuknya bercabang dan tajam...
Calcium phospate – 10 peartus batu karang yang terjadi akibta jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali....
Asid urik – akibat dari serangan gout....
Cystin atau systine....

Komplikasi

a. Boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.
b. Jangkitan kuman penanahan dalam buah pinggang boleh menyebabkan terjadinya bisul. Jika tidak dirawat, pesakit aan mendapat ‘septicimea’ yang mana kuman tersebut merbak ke seluruh tubuh dan boleh menyebabkan kematian....
c. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.

Tips Mencegah Batu Karang

Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari.
Kurangkan pengambilan daging merah dan makanan laut dan kategori makanan yang mengandungi asid urik yang tinggi....

Kaedah Rawatan

-Bergantung kepada saiz, jenis dan kedudukan batu.
Bagi jenis asid urik dan sysstine, kaedah rawatan turut melibatkan cara mengubah pH air kencing sehingga mampu melarutkan batu tersebut....
Kaedah endoskopi atau satu lagi ialah kaedah pembedahan untuk mengeluarkan batu karang.
Bagi kaedah kurang invasif atau tidak membabitkan pembedahan, beberapa cara boleh digunakan mengikut tahap batu karang pesakit seperti gelombang Extracorporial shockwave lithotripsy (ESWL) khusus untuk batu bersaiz kurang dua sentimeter.
Sesetengah batu seperti systine dan calsium oxalat monohydrate adalah sangat keras dan susah untuk dipecahkan menggunakan kaedah ini. Teknik ini juga tidak sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi, masalah saluran darah mengambil ubat pencair darah dan batu yang dijangkiti kuman.
PCNL atau Percutaneous Nephrolithotripsy merawat batu saiz lebih dua sentimeter; retrograde Intrarenal surgery (RIRS) merawat batu kurang satu sentimeter yang mana batu karang itu dipecahkan menggunakan laser....

Faktor Risiko atau Punca-Punca Batu Karang

1. Terlalu banyak mengambil makanan atau diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalaman haiwan, angsa, ekstrak daging, makanan laut, telur ikan dan arak.
2. Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing atau bahasa mudahnya saluran kencing mungkin sedikit tersumbat.
3. Kegagalan buah pinggang berfungsi pada tahap normal.
4. Risko turut dipengaruhi oleh tahap metabolisme setiap individu.
5. Nanah dalam organ yang akhirnya mengeras. Nanah mungkin bermula akibat jangkitan kuman semasa kecil.
6. Kurangnya minum air dikatakan antara faktor utama penyebab sakit batu karang. Namun ada juga yang menyangkalnya.
7. Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing.
8. Keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan (seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori, teksi) dan kerja di luar yang terdedah kepada matahari.
9. Kajian turut menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik.....

ilmu petua:

ubat batu karang, tanda batu karang, penawar batu karang, tanda tanda batu karang, cara merawat batu karang...
loading...
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment